MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN MALAYSIA
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terlebih
dahulu saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak Maktab Rendah Sains MARA Beseri kerana memberi ruang merakamkan
sepatah dua kata dalam Buku Program Tunas Saintis ke-9.
Sehubungan
dengan itu saya mengharapkan program tersebut akan memberi banyak faedah
kepada pelajar-pelajar dan masyarakat setempat.Mudah-mudahan
dengan adanya Program Tunas Saintis ini akan menanamkan minat pelajar-pelajar
Bumiputera khasnya di bidang sains dan teknologi.Kerajaan
mengharapkan pihak sekolah dan maktab akan dapat mengambil apa jua usaha
bagi melahirkan lebih ramai pelajar Bumiputera menceburi bidang sains dan
teknologi.
Akhir
kata, Kementerian Pembangunan Usahawan mengucapkan syabas dan tahniah kepada
MRSM Beseri kerana berjaya mengadakan program tersebut.Saya
mengharapkan program ini menjadi contoh kepada MRSM diseluruh negara.
Terima
kasih.
[MOHAMED
NAZRI BIN ABDUL AZIZ]
KATA-KATA
ALUAN
PENGERUSI
MAJLIS AMANAH RAKYAT
Saya
sangat bangga kerana Program Tunas Saintis MRSM ke-9 dapat diadakan pada
tahun ini yang membuktikan aktiviti kokurikulum ini mendapat sambutan dan
menarik minat pelajar-pelajar MRSM di semua maktab di seluruh negara.
Pelajar-pelajar
MRSM adalah bakal saintis dan teknologis negara.Program
seumpama ini sudah pasti menjana minat pelajar-pelajar untuk meneroka pelbagai
bidang sains dan teknologi, bukan sahaja di peringkat pendidikan akademik
tetapi juga dalam kerjaya mereka dimasa hadapan.
Sesuai
dengan tema Program Tunas Saintis MRSM 2000:Budaya
Saintifik Menjana Generasi Pintar-Soleh; saya yakin bahawa pelajar-pelajar
MRSM memiliki nilai-nilai positif yang cukup kuat bagi menghadapi cabaran-cabaran
dalam kemajuan sains dan teknologi hari ini dan dimasa akan datang.
Saya
mengucapkan selamat maju jaya kepada MRSM Beseri, Perlis selaku tuan rumah
Program Tunas Saintis ke-9 dan sekaligus mendoakan semoga Allah s.w.t.
memberkati usaha-usaha murrni seumpama ini.
[DATUK
WIRA ABU SEMAN YUSOP]
KATA-KATA
ALUAN
PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA
Bersyukur
saya ke Hadrat Allah SWT atas limpah KurniaNya yang memberi peluang kepada
saya menyampaikan ucapan aluan dalam Buku Cenderamata Tunas Saintis MRSM
pada tahun ini yang bertemakan:Budaya
Saintifik Menjana Generasi Pintar-Soleh.
Pemilihan
tema Budaya Saintifik Menjana Generasi Pintar-Soleh sememangnya
sejajar dengan misi dan matlamat Gerakan Misi G3M Bahagian Pendidikan Menengah,
iaitu:untuk mengangkat martabat
MARA melalui sistem pendidikan MRSM bagi melahirkan pelajar-pelajar yang
memiliki budaya saintifik, matematik dan teknologi dalam kehidupan mereka.Saya
amat yakin dan percaya bahawa melalui program Tunas Saintis ini, minat
dan sikap yang positif terhadap sains dan teknologi pelajar-pelajar akan
dapat disuburkan, di samping mengembangkan kemahiran dan pemikiran saintifik,
serta berdaya fikir secara kritis dan kreatif.
Melalui
program ini juga, pelajar-pelajar berpeluang untuk melakukan penyelidikan
saintifik dalam menyelesaikan masalah-masalah yang bersangkut dengan sains
dan teknologi dalam kehidupan sosial mereka.Dengan
cara ini, pelajar-pelajar akan dapat mengaplikasikan ilmu sains dan teknologi
yang mereka pelajari secara bijaksana melalui kegiatan-kegiatan perekaciptaan
untuk kesejahteraan kehidupan diri, masyarakat dan Alam keseluruhannya.
Selain
daripada itu, program Tunas Saintis juga dapat menyemai sikap dan nilai-nilai
sebagai seorang ahli sains seperti: berani; sabar; rasa ingin tahu; rasional;
menilai idea dan maklumat; membuat keputusan; sikap keterbukaan; kejujuran
intelektual dan disiplin yang tinggi.
Saya
berharap agar program Tunas Saintis ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
pelajar-pelajar dalam mencungkil bakat dan potensi diri ke arah mencapai
kecemerlangan dari segi minda, jasmani, rohani, dan emosi, atau pun MINJAROES.Kepada
semua guru-guru, pendidikan yang saudara-saudari berikan kepada pelajar-pelajar
adalah teras kepada kejayaan kita semua yang berada dalam satu sistem pendidikan
MRSM.
Sekian,
terima kasih.
[HJ.
AHMAD ROSLAN BIN JOHARI]
KATA-KATA
ALUAN
PENOLONG
PENGETUA MRSM BESERI PERLIS
Seluruh
warga MRSM Beseri amat berbangga terpilih sebagai tuan rumah Tunas Saintis
Ke-9.Kami mengalu-alukan kehadiran
semua peserta dari seluruh tanah air ke bumi Perlis Indra Kayangan.
Sebagai
satu acara tradisi tahunan, semua pelajar membuat persediaan terbaik untuk
menyertainya.Kemenangan menjadi
sasaran, namun daya kreatif dan inovatif ketika memikir dan menghasilkan
projek adalah matlamat tersirat yang lebih bermakna.Justeru
tema Budaya Saintifik Menjana Generasi Pintar-Soleh wajar menjadi penghayatan
semua pelajar agar kedua-dua ciri iaitu pintar dan soleh dapat dijana melalui
program Tunas Saintis tahun ini dan seterusnya untuk tahun-tahun mendatang.
Selaku
tuan rumah, kami berusaha menjadi pengelola terbaik, namun kekurangan dan
kecacatan tetap tidak dapat dielakkan.Wajarlah
kekurangan dan kecacatan kami dimaafi dan diteladani agar tuan rumah tahun
hadapan dapat memperbaikinya.
Selamat
bertandingan dan semoga berjaya.
Ikhlas
daripada,
[SHAARIAH
BT. DAHMAN]