Win, Lose or Draw (Menengah Atas)

Pendahuluan

a)Aktiviti Win, Lose or Draw adalah satu aktiviti permainan minda yang memerlukan kemahiran melukis, membuat gambaran mental dan mengenal pasti fakta berasaskan pengetahuan dalam aspek tertentu.Aktiviti ini juga menyentuh aspek EQ, dan menekankan hubungan baik dan ceria dari segi intrapersonal dan interpersonal.

b)Sempena Minggu Sains MRSM se Malaysia, aktiviti ini akan dimuatkan dengan fakta saintifik berasaskan subjek Sains, Biologi, Fizik, dan Kimia.

Objektif

a)Menggalakkan pelajar memikir dan mengingat fakta-fakta berkaitan dengan sains

b)Membolehkan pelajar mempamerkan idea-idea dan kosakata saintifik dalam pelbagai bentuk komunikasi

c)Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai bentuk pembelajaran dan pertandingan secara aktif, kritis dan kreatif

Syarat Pertandingan

a)Terbuka kepada semua peserta yang hadir dari MRSM masing-masing 

(kecuali guru-guru sains)

b)Setiap maktab hendaklah menghantar 3 peserta sahaja

Peraturan Pertandingan

a)Tiga orang peserta termasuk seorang pelukis

b)Pelukis membuat cabutan 15 kad (5 kad Biologi, 5 kad Kimia, dan 5 kad Fizik)

c)Pelukis melukis rajah/ilustrasi bagi menggambarkan maklumat pada kad yang ditunjukkan oleh penjaga kad di kertas mahjong

d)Dua peserta lain cuba meneka perkataan yang terdapat pada kad

e)Pelukis boleh menulis perkataan yang berkaitan hanya setelah disebut oleh peserta dalam kumpulannya

f)Pelukis boleh "pass" kad soalan jika menghadapi masalah, dan kembali ke kad berkenaan kemudiannya

g)Pelukis boleh diganti di kalangan peserta tetapi pelukis pertama tidak dibenarkan untuk meneka perkataan sehingga tamat permainan

h)Masa yang diperuntukkan ialah 15 minit

i)Markah untuk setiap kad yang berjaya:3 markah (pelukis pertama)

1 markah (pelukis kedua)

Jika terdapat persamaan markah, kumpulan yang dapat menamatkan permainan lebih awal akan dipilih sebagai pemenang

Tarikh dan tempat

Tarikh :27/07/2000 jam 8.30 malam

Tempat:Bilik 5M, 5N, 5O dan 5P Bangunan Sri Tanjung MRSM Beseri.

Kuizton (Terbuka)

Pendahuluan

a)Kuizton merupakan satu aktiviti menguji pengetahuan sains dengan mendapat insentif segera

b)Aktiviti ini dilaksanakan secara individu dan hadiah juga diambil oleh individu itu sendiri setelah berjaya menjawab soalan kuiz berkenaan

Objektif

a)Menggalakkan pelajar atau peserta menguasai pengetahuan berkaitan dengan sains

b)Mendorong semangat ingin tahu dan ingin menguji pengetahuan dalam suasana sukarela dan ceria

Syarat Pertandingan

a)Penyertaan terbuka kepada semua peserta yang hadir

b)Penyertaan adalah secara individu

Peraturan Pertandingan

a)Setiap peserta diberi peluang mencabut sendiri satu soalan sahaja

b)Peserta membaca soalan dan diberi peluang menjawab dalam masa 90 saat (1 1/2 minit)

c)Peserta yang berjaya menjawab dengan betul boleh mengambil sendiri (hanya satu) hadiah yang disediakan

Tarikh dan tempat

Tarikh :28/07/2000 dan 29/07/2000 mulai jam 9.00 pagi

Tempat:The Mall dan Laman Kawasan Pameran