BIDANG PERTANDINGAN

 

Projek Tunas Saintis yang dipertandingkan hendaklah merangkumi sekurang-kurangnya :

 

1.      Penyelidikan atau kajian yang berasaskan kepada pemikiran saintifik.

2.      Mempunyai potensi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

3.      Mempunyai potensi nilai komersial yang baik untuk pengeluaran.

 

Bagi memberi manfaat kepada masyarakat umum, hasil kajian dan rekacipta hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut :

1.      Satu inovasi yang baru.Ianya belum pernah dipertandingkan atau ditajakan di mana-mana tempat.

2.      Mesti menunjukkan satu peningkatan dari segi aplikasi, mutu dan praktikal.

 

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

 

a)                  Bahagian Menengah Atas, untuk Tingkatan 4 dan 5.

b)                  Bahagian Menengah Bawah , untuk Tingkatan 1 hingga 3.

 

Bahagian Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5)

 

Bahagian Menengah Atas terbahagi kepada enam (6) kategori iaitu:

1)      Kimia

Bidang penyelidikan Kimia tulin yang membawa kepada teknologinya.

2)      Biologi

Bidang penyelidikan Biologi tulin yang membawa kepada teknologinya.

3)      Fizik

Bidang penyelidikan Fizik tulin yang membawa kepada teknologinya.

4)      Rekacipta Saintifik

Rekacipta Saintifik yang berdaya maju untuk dikomersialkan.

Produknya merupakan inovasi aplikasi teknologi semasa yang praktikal.

5)      Sains Komputer

Multimedia merangkumi pengarangan (authoring) dan pengaturcaraan (programming).

6)   Kuiz Matematik

                        Menguji pelajar dalam bidang matematik.

 

Bahagian Menengah Bawah (Tingkatan 1 hingga 3)

 

1.   Rekacipta Saintifik

Berlandaskan asas Sains, merekacipta bahan atau alat yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

2.   Sains Komputer

Aplikasi yang bersesuaian untuk pemikiran pelajar.

     

Lain-lain Pertandingan Anjuran Tuan Rumah

a)                  Pertandingan Pidato Sains (Menengah Rendah Sahaja )

b)                  Pertandingan Puisi Sains ( Menengah Rendah Sahaja )

c)                  Permainan Win, Lose Or Draw ( Menengah Atas Sahaja )

            d)         Pertandingan Melukis Poster ( Menengah Atas Sahaja )