PERTANDINGAN PUISI SAINS

 
1.Pendahuluan
Pertandingan menulis puisi sains dan mendeklamasikan puisi ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada golongan pelajar tentang kegunaan seni sastera dalam sains.Pelajar juga dapat menghayati puisi bertemakan sains ke arah persediaan menjadi insan yang sempurna dan seimbang berteraskan falsafah pendidikan negara.

 

2.Objektif
 

*Menggalakkan pelajar meningkatkan pengetahuan tentang peranan unsur sastera dalam sains

*Membolehkan pelajar mencerna idea-idea tentang sains dalam ilmu sastera

*Mencungkil dan mengasah bakat berkarya di kalangan pelajar dalam usaha melahirkan rasa cinta kepada bidang sains

*Menggalakkan semua pelajar untuk menyertai sesuatu pertandingan yang sihat


 

3.Syarat pertandingan

Tema:
 

"Budaya Saintifik Menjana Generasi Pintar Soleh"

Penyertaan:
 

*terbuka kepada pelajar Menengah Rendah

*terbahagi kepada dua kategori:

*Menulis puisi

*Mendeklamasi Puisi

*setiap maktab hendaklah menghantar sebuah puisi sahaja hasil rekaan sendiri untuk diadili

*setiap maktab hendaklah menghantar seorang peserta untuk Pertandingan Mendeklamasi Puisi (Puisi hasil rekaan pelajar akan menjadi teks dalam Pertandingan Deklamasi Puisi)

*keputusan hakim adalah muktamad

Peraturan Pertandingan

Akan diberitahu semasa sesi taklimat

Tarikh dan tempat

28.7.2000 di Dewan Kuliah MRSM Beseri, Perlis

Teks

*Puisi adalah hasil rekaan pelajar sendiri untuk dinilai dalam pertandingan
*Tema puisi adalah bebas dan berdasarkan tema yang diberikan tetapi mestilah tidak menyalahi undang-undang dan menyinggung mana-mana pihak atau sebagainya
*Puisi ini juga akan dijadikan teks oleh pelajar dalam Pertandingan Mendeklamasi Puisi