Make your own free website on Tripod.com
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER 

 

Pendahuluan


 

Pertandingan melukis poster ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kegunaan seni dalam sains dengan melukis sesuatu yang berfaedah bagi melahirkan insan yang sempurna dan seimbang berteraskan falsafah pendidikan negara.


 

1.Objektif

-mengalakkan pelajar meningkatkan pengetahuan tentang peranan senia dalam sains

-membolehkan pelajar memaparkan pengetahuan dan idea tentang sains melalui seni tampak

-mencungkil dan mengasah bakat seni lukis di kalangan pelajar dalam melahirkan rasa cinta kepada bidang sains

-menggalakkan semula pelajar untuk menyertai sesuatu pertandingan yang sihat


 

2.Syarat Pertandingan


 

Tema:

"Budaya Saintifik Menjana Generasi Pintar Soleh"


 

Penyertaan:

·penyertaan adalah terbuka kepada pelajar menengah atas

·setiap maktab hendaklah menghantar 2 orang pelajar


 

Tarikh dan Tempat:

28/7/2000 di MRSM Beseri


 

Ukuran/Saiz Lukisan:

Kertas lukisan saiz yang berukuran lebih kurang 50 cm x 63 cm (Disediakan)


 

Warna/Bahan:

Warna dan bahan adalah bebas dan disediakan sendiri oleh peserta


 

Teks:

Teks adalah bebas dan berdasarkan tema yang diberikan tetapi mestilah tidak menyalahi undang-undang , menyinggung perasaan mana-mana pihak dan seumpamanya.