OBJEKTIF

 

Antara objektif-objektif program Tunas Saintis secara umum ialah:

 

1                     Menyuburkan minat dan sikap yang positif para pelajar kepada bidang sains, matematik dan teknologi dengan menggalakkan mereka mengambil jurusan-jurusan pengajian yang membolehkan mereka menjadi usahawan berjaya dalam bidang Sains dan Teknologi (S&T).

 

2                     Mengembangkan pemikiran secara saintifik, kritis dan kreatif, produktif, logik dan mantik serta analitis di kalangan pelajar.

 

3                     Memberi peluang kepada para pelajar mengurus serta melakukan penyelidikan secara saintifik untuk menyelesaikan masalah-masalah yang bersangkut dengan S&T dalam kehidupan sosial mereka (discovery learning).

 

4                     Mengembangkan kemahiran-kemahiran proses sains, seperti : eksperimen; membuat pemerhatian; pengukuran dan pengumpulan data; meramal; mengawal pembolehubah; menganalisa; menggunakan perhubungan ruang dan masa; membuat kesimpulan; membuat hipotesis; inferens; berkomunikasi, mendefinisi secara operasi; dan penilaian.

 

5                     Mengaplikasikan ilmu sains dan teknologi secara bijaksana melalui kegiatan perekaciptaan untuk kesejahteraan kehidupan diri, masyarakat dan alam keseluruhannya.

 

6                     Memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan mereka kepada masyarakat tempatan. Dengan ini pelajar berpeluang memahami hubungan antara sains dan teknologi dan implikasi hubungan ini terhadap masyarakat.

 

7                     Menyemai sikap dan nilai-nilai sebagai seorang ahli sains (sikap saintifik), seperti: berani,; sabar; rasa ingin tahu; rasional; menilai idea dan maklumat dan membuat keputusan; sikap keterbukaan; kejujuran intelektual dan skeptisme.

 

8                     Memberi peluang kepada pelajar bekerjasama untuk mengeluarkan idea-idea yang sesuai melalui pendekatan pelbagai disiplin dan menyatukan dalam satu cara yang mungkin untuk menjayakan sesuatu projek.

 

9                     Memupuk semangat pertandingan dan persaingan yang positif di kalangan para pelajar melalui cara bertukar-tukar fikiran dan pengalaman mengenai projek masing-masing.

 

10                 Merangkumi objektif di atas diharap pelajar-pelajar akan dapat menghadapi pelbagai cabaran alaf baru seperti : ledakan maklumat dan komunikasi; teknologi maklumat dan komunikasi; proses globalisasi dan perubahan sosial.