LATARBELAKANG

 

Tunas Saintis MRSM yang pertama telah diadakan pada tahun 1985.  Pada tahun  2000 ini ianya merupakan Tunas Saintis yang ke 9.   Pengisian program Tunas Saintis juga turut berkembang seiring dengan perkembangan pendidikan di MRSM.  Oleh itu, Tunas Saintis ke 9 ini merupakan edisi baru Tunas Saintis bagi generasi pelajar di Alaf Baru (New Millennium Generation).

 

 

Sejajar dengan misi dan matlamat Gerakan Misi 3M Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM), iaitu untuk mengangkat martabat MARA melalui sistem pendidikan MRSM, maka Tunas Saintis ke 9 Tahun 2000 akan membawa satu anjakan paradigma yang akan memberi penekanan kepada daya pemikiran saintifik, kritis dan kreatif, serta menjana generasi pelajar yang berakhlak mulia.

 

 

Justeru, bagi memenuhi cita-cita dan hasrat membudayakan sains, matematik dan teknologi dalam kehidupan pelajar, maka ungkapan : BUDAYA SAINTIFIK MENJANA GENERASI PINTAR SOLEH dipilih sebagai tema Tunas Saintis Tahun 2000.