KATA-KATA ALUAN

MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Maktab Rendah Sains MARA Beseri kerana memberi ruang merakamkan sepatah dua kata dalam Buku Program Tunas Saintis ke-9.

Sehubungan dengan itu saya mengharapkan program tersebut akan memberi banyak faedah kepada pelajar-pelajar dan masyarakat setempat.Mudah-mudahan dengan adanya Program Tunas Saintis ini akan menanamkan minat pelajar-pelajar Bumiputera khasnya di bidang sains dan teknologi.Kerajaan mengharapkan pihak sekolah dan maktab akan dapat mengambil apa jua usaha bagi melahirkan lebih ramai pelajar Bumiputera menceburi bidang sains dan teknologi.

Akhir kata, Kementerian Pembangunan Usahawan mengucapkan syabas dan tahniah kepada MRSM Beseri kerana berjaya mengadakan program tersebut.Saya mengharapkan program ini menjadi contoh kepada MRSM diseluruh negara.

Terima kasih.

[MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ]

KATA-KATA ALUAN

PENGERUSI MAJLIS AMANAH RAKYAT

Saya sangat bangga kerana Program Tunas Saintis MRSM ke-9 dapat diadakan pada tahun ini yang membuktikan aktiviti kokurikulum ini mendapat sambutan dan menarik minat pelajar-pelajar MRSM di semua maktab di seluruh negara.

Pelajar-pelajar MRSM adalah bakal saintis dan teknologis negara.Program seumpama ini sudah pasti menjana minat pelajar-pelajar untuk meneroka pelbagai bidang sains dan teknologi, bukan sahaja di peringkat pendidikan akademik tetapi juga dalam kerjaya mereka dimasa hadapan.

Sesuai dengan tema Program Tunas Saintis MRSM 2000:Budaya Saintifik Menjana Generasi Pintar-Soleh; saya yakin bahawa pelajar-pelajar MRSM memiliki nilai-nilai positif yang cukup kuat bagi menghadapi cabaran-cabaran dalam kemajuan sains dan teknologi hari ini dan dimasa akan datang.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada MRSM Beseri, Perlis selaku tuan rumah Program Tunas Saintis ke-9 dan sekaligus mendoakan semoga Allah s.w.t. memberkati usaha-usaha murrni seumpama ini.

[DATUK WIRA ABU SEMAN YUSOP]

KATA-KATA ALUAN

PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA

Bersyukur saya ke Hadrat Allah SWT atas limpah KurniaNya yang memberi peluang kepada saya menyampaikan ucapan aluan dalam Buku Cenderamata Tunas Saintis MRSM pada tahun ini yang bertemakan:Budaya Saintifik Menjana Generasi Pintar-Soleh.

Pemilihan tema Budaya Saintifik Menjana Generasi Pintar-Soleh sememangnya sejajar dengan misi dan matlamat Gerakan Misi G3M Bahagian Pendidikan Menengah, iaitu:untuk mengangkat martabat MARA melalui sistem pendidikan MRSM bagi melahirkan pelajar-pelajar yang memiliki budaya saintifik, matematik dan teknologi dalam kehidupan mereka.Saya amat yakin dan percaya bahawa melalui program Tunas Saintis ini, minat dan sikap yang positif terhadap sains dan teknologi pelajar-pelajar akan dapat disuburkan, di samping mengembangkan kemahiran dan pemikiran saintifik, serta berdaya fikir secara kritis dan kreatif.

Melalui program ini juga, pelajar-pelajar berpeluang untuk melakukan penyelidikan saintifik dalam menyelesaikan masalah-masalah yang bersangkut dengan sains dan teknologi dalam kehidupan sosial mereka.Dengan cara ini, pelajar-pelajar akan dapat mengaplikasikan ilmu sains dan teknologi yang mereka pelajari secara bijaksana melalui kegiatan-kegiatan perekaciptaan untuk kesejahteraan kehidupan diri, masyarakat dan Alam keseluruhannya.

Selain daripada itu, program Tunas Saintis juga dapat menyemai sikap dan nilai-nilai sebagai seorang ahli sains seperti: berani; sabar; rasa ingin tahu; rasional; menilai idea dan maklumat; membuat keputusan; sikap keterbukaan; kejujuran intelektual dan disiplin yang tinggi.

Saya berharap agar program Tunas Saintis ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar dalam mencungkil bakat dan potensi diri ke arah mencapai kecemerlangan dari segi minda, jasmani, rohani, dan emosi, atau pun MINJAROES.Kepada semua guru-guru, pendidikan yang saudara-saudari berikan kepada pelajar-pelajar adalah teras kepada kejayaan kita semua yang berada dalam satu sistem pendidikan MRSM.

Sekian, terima kasih.

[HJ. AHMAD ROSLAN BIN JOHARI]

KATA-KATA ALUAN

PENOLONG PENGETUA MRSM BESERI PERLIS

Seluruh warga MRSM Beseri amat berbangga terpilih sebagai tuan rumah Tunas Saintis Ke-9.Kami mengalu-alukan kehadiran semua peserta dari seluruh tanah air ke bumi Perlis Indra Kayangan.

Sebagai satu acara tradisi tahunan, semua pelajar membuat persediaan terbaik untuk menyertainya.Kemenangan menjadi sasaran, namun daya kreatif dan inovatif ketika memikir dan menghasilkan projek adalah matlamat tersirat yang lebih bermakna.Justeru tema Budaya Saintifik Menjana Generasi Pintar-Soleh wajar menjadi penghayatan semua pelajar agar kedua-dua ciri iaitu pintar dan soleh dapat dijana melalui program Tunas Saintis tahun ini dan seterusnya untuk tahun-tahun mendatang.

Selaku tuan rumah, kami berusaha menjadi pengelola terbaik, namun kekurangan dan kecacatan tetap tidak dapat dielakkan.Wajarlah kekurangan dan kecacatan kami dimaafi dan diteladani agar tuan rumah tahun hadapan dapat memperbaikinya.

Selamat bertandingan dan semoga berjaya.

Ikhlas daripada,

[SHAARIAH BT. DAHMAN]