Syarat Pertandingan Anjuran BPM, MARA
a.Penyertaan akan diterima di bawah 6 kategori berikut ;
                i.Fizik

                ii.Kimia

                iii.Biologi

                iv.Sains Komputer

                v.Rekacipta

                vi.Kuiz Matematik
 

b.Projek Tunas Saintis ini dibuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 5 kecuali untuk kategori Rekacipta kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 3 danuntuk kategori Fizik, Kimia dan Biologi dibuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja.


 

c.Sesebuah maktab dikehendaki menghantar satu projek bagi setiap kategori iaitu Pemenang Pertama bagi setiap kategori yang telah dipertandingkan di peringkat maktab masing-masing.


 

d.Hadiah setiap kategori diperuntukkan untuk pemenang Pertama, Kedua bagi Menengah Atas dan JohanKeseluruhan bagi Menengah Bawah yang ditentukan oleh jumlah markah diperolehi dari setiap projek yang dipertandingkan.


 

e.Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap pelajar yang mengambil bahagian.


 

f.Projek-projek ini boleh merupakan hasil daya upaya perseorangan atau suatu pasukan terdiri tidak lebih daripada empat orang.


 

g.Tiap-tiap projek akan diberi satu ruang pameran yang tidak melebihi dari 2 meter persegi.


 

h.Setiap projek yang telah dipilih ke pertandingan akhir mestilah :

                      i.    mempersembahkan hasil kajian atau reka ciptanya dalam pameran seadanya,

                             ii.    mempunyai dokumen lengkap samada dalam bentuk Tesis atau Kertas Penyelidikan.

                      iii. Arahan keselamatan pameran mestilah dipatuhi berpandukan kepada

                            peraturan keselamatan makmal yang sedia ada.